E-Mail

EMAIL

Apa Itu E-mail?  

E-mail merupakan singkatan dari Elektronic Mail yang bermaksud surat menyurat dalam sistem rangkaian. Ia bermula pada tahun 1993 dalam ARPANET yang memberikan kelebihan kepada pengendali sistem menyampaikan maklumat kepada semua pengguna rangkaian.
Dengan menggunakan e-mail, pengguna bukan sahaja boleh menghantar teks tetapi juga boleh mengepilkan fail-fail audio, gambar dan sebagainya lagi.
Penggunaan e-mail sangat sinonim dengan dunia pendidikan. Pelajar dan guru boleh berkolaborasi dengan bermediumkan e-mail.

Jenis e-mail
E-mail dapat dibahagikan kepada dua jenis iatu e-mail rangkaian setempat dan e-mail berasaskan penyedia perkhidmatan.

E-mail rangkaian setempat adalah sistem e-mail tertutup dalam sesuatu sistem rangkaian syarikat atau  rangkaian persendirian manakala e-mail berasaskan penyedia perkhidmatan pula digunakan dalam dunia WWW dengan protokol SMTP. E-mail jenis ini disediakan secara percuma oleh beberapa penyedia perkhidmatan seperti google, hotmail, usamail, yahoo mail dan banyak lagi.
Antara e-mail yang paling popular di dunia ialah yahoo mail dan gmail


No comments:

Post a Comment